Laboratori Pengkomputeran Antara Disiplin Dan Statistik | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» LABORATORI » Laboratori Pengkomputeran Antara Disiplin dan Statistik

Laboratori Pengkomputeran Antara Disiplin dan Statistik

Laboratori ini, yang sebelum ini dikenali sebagai Makmal Statistik Pengkomputeran dan Penyelidikan Operasi, telah ditubuhkan pada 1 April 2002 di Institut Penyelidikan Matematik. Makmal ini ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan antara disiplin dalam bidang matematik dan statistik yang berinteraksi dengan pelbagai cabang sains, iaitu fizik, biologi, kejuruteraan, sains komputer, kewangan, dan sains kognitif.

 

Objektif laboratori ini adalah:

  • Menumpukan kepada penyelidikan dan pembangunan saintifik secara kolaboratif dalam bidang statistik, sains komputer, sains fizikal, dan sains kognitif.
  • Menggalakkan dan memanfaatkan bidang-bidang matematik dan statistik yang relevan kepada sains lain serta sektor industri.

Kemaskini:: 23/01/2026 [norhidayahche]

PERKONGSIAN MEDIA

W, (07:32:42am-07:37:42am, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]