Laboratori Pemodelan Rangkaian (NML) ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang rangkaian komunikasi dengan pengkhususan dalam Internet of Things (IoT). Makmal ini bertujuan untuk menjadi platform bagi menerajui aktiviti penyelidikan, pembangunan dan perundingan dalam bidang rangkaian dan teknologi komunikasi.
Objektif laboratori ini adalah:
Menjalankan penyelidikan dalam bidang pemodelan rangkaian, merangkumi keselamatan rangkaian, pengoptimuman sistem, pendedahan radiasi daripada isyarat tanpa wayar, serta kajian bahan lestari dalam reka bentuk sistem.