Majlis Pelancaran Program CEO@INSPEM Dan Pertukaran Dokumen NDA | INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
» NEWS » Majlis Pelancaran Program CEO@INSPEM dan Pertukaran Dokumen NDA

Majlis Pelancaran Program CEO@INSPEM dan Pertukaran Dokumen NDA

Majlis Pelancaran Program CEO@INSPEM bersempena dengan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang telah dilantik melalui program CEO@PTJ. Majlis ini diadakan pada 22 Mac 2023 (Rabu) di Bilik Seminar al-Farabi, INSPEM, UPM. Acara ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Prof Dr. Muhammad Rezal Bin Dato’ Kamel Ariffin. Seterusnya ucapan daripada YBhg. Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Universiti Putra Malaysia. Dalam majlis ini YBhg. Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah telah menyerahkan surat rasmi pelantikan CEO@INSPEM Pn. Qing Zhang, CEO Sichuan Ludong Construction Engineering Co. Ltd. Sichuan Ludong Construction Engineering Co. Ltd merupakan syarikat yang terlibat dalam bidang kejuruteraan awam, pembinaan keretapi dan sebagainya lagi. Sichuan Ludong Construction Engineering ini telah beroperasi di China hampir 20 tahun. Dalam majlis yang sama, INSPEM juga mengadakan majlis pertukaran dokumen perjanjian kerahsiaan (Non Disclosure Agreement) bersama syarikat Telekom Malaysia dan Felda Global Ventures Holding Berhad. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Dr. Saiyid Abdallah Syahir Al- Edrus, Pengurus Besar, Cyber Security Services, Telekom Malaysia Berhad dan YBrs. Dr Ramzi Ibrahim, Pengurus Besar, Jabatan Mekanisasi dan Kejuruteraan, FGV Plantations (M) Sdn. Bhd. kepada YBhg. Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin dengan disaksikan oleh YBhg. Prof Dr. Muhammad Rezal. Majlis ini diteruskan dengan ucapan dan pembentangan oleh Pn. Qing Zhang, CEO@INSPEM. Dalam ucapan beliau, Pn. Qing Zhang telah menyampaikan perancangan beliau semasa berada di INSPEM untuk 2 tahun. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk membantu menghubungkan INSPEM dan UPM ke industri China dalam sebarang kerjasama yang berkaitan. INSPEM mengalu-alukan pelantikan Pn. Qing Zhang sebagai CEO@INSPEM.

Date of Input: 17/06/2023 | Updated: 17/06/2023 | zaharimahad

MEDIA SHARING

INSTITUTE FOR MATHEMATICAL RESEARCH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXEbTAt~